Thursday, January 29, 2009


Download MP3 : Minhajul Tolibin 2

Read more...

Tuesday, September 23, 2008

Pada entri sebelum ini saya ada menceritakan kehadiran kami ke Majlis Anak-anak yatim di perkampungan Shoubra Qas. Sebagai kesinambungan cerita tersebut, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman dan penceritaan salah seorang bekas tahanan penjara Guantanamo Bay yang dizalimi dengan kejam. Merasa terpanggil untuk berkongsi sedikit maklumat tersebut kerana ianya melibatkan isu global. Bukan sahaja masyarakat umat Islam mengkutuk penderaan dan kekejaman di penjara Guantanamo Bay malahan masyarakat barat juga turut memprotes tindakan tersebut. Ini menunjukkan bahawa akal yang waras tidak akan menerima kekejaman ke atas manusia membabi buta. Sama sekali tidak!


div class="fullpost">
Melakar Satu Memori Dalam Suatu Pertemuan


Ketika kami sampai kerumahnya, kami menerima layanan begitu baik dari anak lelakinya. Dipersilakan masuk ke kamar utama. Sofa empuk dan kerusi tilam menjadi perhiasan biasa dikalangan masyarakat Mesir itu kami penuhi. Sebentar kemudian muncul seorang lelaki berusia setengah umur berkerusi roda dari sebalik pintu. Ditolak oleh anaknya. Ammu Amir memulakan bicara pada malam itu. Sebagai permulaan bicara, beliau memperkenalkan kami akan seorang lelaki tadi.

Read more...

107. Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu[660]. Mereka Sesungguhnya bersumpah: "Kami tidak menghendaki selain kebaikan." Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya).

140. ataukah kamu (hai orang-orang Yahudi dan Nasrani) mengatakan bahwa Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub dan anak cucunya, adalah penganut agama Yahudi atau Nasrani?" Katakanlah: "Apakah kamu lebih mengetahui ataukah Allah, dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah[92] yang ada padanya?" Dan Allah sekali-kali tiada lengah dari apa yang kamu kerjakan.

Read more...

Srikandi Agama Mujahidah Sejati (Episod 2)

Saturday, June 28, 2008

“Kamu ada masalah ke Nurul?Selalunya kamu tak macamni pun..”. Soal Puan Aida. Anak matanya memandang tepat ke arah wajah Nurul.

Nurul tunduk membisu sambil menggeleng lembut.

“Nurul ‘Ain..boleh tak kamu pandang saya..?”

Nurul memandang wajah pensyarahnya. Wajah yang dia benar-benar kagumi. Wanita yang hebat.





“Kenapa kamu menangis..?”

“Puan..saya rasa saya tak dapat nak teruskan belajar la..saya taknak habiskan ijazah ni..”

“Why..?”. Jelas kelihatan riak terkejut diwajah Puan Aida. Pelajar terbaiknya meluahkan untuk berhenti belajar adalah sesuatu yang sangat mengejutkan.

“Ada orang melamar saya baru ni..dan mak ayah terima..”. Balas Nurul sambil mengelapkan air matanya dengan hujung baju kurungnya.

Puan Aida tersenyum.

“Saya ingatkan apa masalah kamu tadi..selalunya orang gembira la kalau nak kawin..”

“Itulah Masalahnya puan..Sebab saya tak kenal pun siapa yang melamar saya tu..dan saya rasa saya dah tak ada harapan untuk terus belajar..”. Bersungguh Nurul menjelaskan masalahnya.

“Nurul ‘Ain..pandang saya..Saya juga seorang wanita macam kamu..saya juga pelajar macam kamu dulu dan sekarang saya juga masih seorang pelajar..Dan saya seorang isteri, juga seorang ibu kepada dua orang cahaya mata..saya bekerja dan juga seorang suri rumah..bagi saya..kejayaan dan kekuatan saya adalah suami saya..saya takkan mampu untuk menjadi sebaik dan sekuat ini tanpa suami saya..”

Nurul terpaku dengan apa yang diperkatakan.

“Perkahwinan takkan menjejaskan apa-apa sayang..Saya taknak kamu patah semangat macamni. Macamna nak jadi serikandi agama..?”

Nurul terkejut dengan kata-kata itu.terus menusuk ke dalam hatinya.

“Sekarang apa yang perlu kamu lakukan ialah teruskan cita-cita kamu..Tunaikan harapan ibu dan ayah kamu. Hormati keputusan mereka..Insyaallah mereka akan hormat keputusan kamu..”

“Terima Kasih puan..”. Balas Nurul. Ada bunga senyuman dibibirnya.

“Kamu boleh jadi yang terbaik..bentukkan peribadi untuk jadi seorang isteri yang baik..anak yang taat..pelajar yang berjaya..jangan jadikan perkahwinan sebagai alasan untuk kita berhenti belajar..Saya tak nampak apapun kekurangan bagi orang yang berkahwin untuk terus belajar dan berjaya..Pinjamlah semangat dan kesungguhan khadijah dan sumayyah..moga kamu berjaya..”

Nurul mengangguk perlahan. Dia baru sedar kini. Matlamat asalnya sudah jauh menyimpang. Serikandi agama..Mujahidah sejati tak pernah berputus asa.

“Lagipun Nurul..saya sebenarnya taknak orang lain yang dapat anugerah dekan untuk tahun ni..”

Nurul tesenyum lebar.

“Terima kasih sekali lagi puan..I will try my best..”

“Saya minta diri dulu puan..”

Puan Aida tersenyum memandang Nurul. Pelajar kesayangannya.

“Nurul..”. Nurul menoleh memandang Puan Aida, belum pun sempat dia melangkah keluar dari bilik berhawa dingin itu.

“Tahun depan Insyaallah saya ingat nak sambung Phd pulak..Saya cabar awak..”. Suara puan Aida sambil tersenyum.

“Terima kasih puan..saya akan cuba”. Nurul berlalu dengan perasaan bercampur baur. Terharu dengan kekuatan yang dimiliki oleh pensyarah wanitanya itu. Semangat yang diberikan. Cabaran yang dilemparkan. Kesangsian yang hampir padam. Harapan yang kian menyinar. Segalanya bagai bunga tulip yang sedang mekar dipagi hari..Segar mewangi. Bangunlah aduhai mujahidah sejati..



Nurul melipat sejadah dan diletakkannya disebelah. Telekung dan kain sembahyangnya dilipat kemas. Ada titisan air mata yang jatuh mengenai pipi lembutnya. Dia pasrah. Panjang dia berdoa tatkala berkesempatan berbicara dengan tuhannya walaupun hanya seketika. Terasa senang dihatinya kerana dipilih untuk menjadi anak yang soleh tanpa melukakan hati ibu dan ayahnya. Allah begitu menyayanginya dan tidak membiarkannya terus dihimpit seribu macam gelisah. Dan dia bersyukur kerana diberi jalan dan dipermudahkan ruang untuknya berfikir secara rasional.

“Ya Allah jika benar dia diciptakan untukku..dekatkanlah hatinya dengan hatiku..

Berikanlah dia kekuatan untuk mendidikku..janganlah jauhkan aku denganmu ya Allah..”

Nurul bingkas bangun dari tempat sembahyangnya lalu dicapai telefon bimbitnya.

“Assalamualaikum mak..”

“Waalaikumussalam..”

“Nurul balik besok mak..Tak sabar nak kawin..hehe..”. Nurul berseloroh.

“Hissh..Mimpi apa budak ni..hari tu bukan main nangis taknak..sekarang suka pulak..”

“Hehe..tak adalah..Sebenarnya Mak..Nurul dah fikir masak-masak..Dah buat solat Istikhoroh pun..Nurul takkan hampakan harapan mak dan abah..”. Jawab Nurul tenang.

“eemm..itulah yang mak harapkan..terlanjur kau telefon ni mak nak bagitaulah..”. Celah ibunya.

“Bagitau apa mak..”

“Hajat bakal menantu mak..dia nak kau habiskan dulu ijazah kau tu..lepas tu baru fikir pasal kawin..lagipun dah tak lama kan..Cuma nak ikatla dulu..”. Balas ibunya dicorong telefon.

“Itulah yang nurul nak bincang dengan mak dulu..nak suruh mak bagitaula pada bakal menantu mak tu..tak sangka dia faham kan..?Mak suka ke menantu mak tu..?”. Soal Nurul sambil ketawa.

“Ada ke tanya macamtu..sukalah..Dia tahulah tu..dia pun pelajar macam kau juga..sekarang ni kalau tak silap mak dia baru habis M.A kot kat UIA tu..dahla..hati-hati balik esok. Abah kamu dah memanggil tu..lapar nasi..mak tak hidang lagipun nasi kat abah kau tu..”

“Yelah mak..kirim salam rindu Nurul kat abah..Assalamualaikum..”

“Insyaallah..Waalaikumussalam..”

Nurul berlalu ke katilnya..Dia mengulum senyuman. Terpancar rasa ketenangan dijiwanya.

“Alhamdulillah..”

Bersambung lagi yer....

Read more...

Filem itu kita pelakonnya?!

Friday, June 20, 2008


Cuba anda bayangkan sekiranya anda berada didalam sebuah penjara yang mana penjara itu tertutup rapat kerana dikelilingi oleh tembok besi dan batu. Dibiarkan pula anda berada di dalam suasana gelap gelita, sumber makanan juga kurang serta tidak berkhasiat. Apabila anda sakit tidak ada bantuan perubatan, tidak ada ubat-ubatan. Kemudiannya dihina dan disiksa pula seperti anda bukan tergolong dalam golongan manusia yang merdeka. Setiap hari begitulah penyiksaan zahir dan batin terpaksa dialami. Bahkan bukan anda sahaja menjadi begitu, keluarga anda juga turut merasa keperitan terpenjara. Kebebasan anda bergerak kesana kemari telah disekat sewenang-wenangnya. Suara anda seumpama jeritan seekor semut yang tidak didengari oleh sang manusia malah terus pula dipijak dihentak-hentak kakinya sekuat mungkin tanpa perikemanusiaan oleh sang manusia itu sehingga mati terpenyet. Terasa mahu menjerit kepada manusia diluar sana supaya membebaskan anda bukan?tetapi malangnya suara anda tidak didengari oleh manusia diluar sana kerana tembok batu bata dan besi membataskan suara anda untuk sampai ke telinga manusia diluar. Dalam keadaan itu ada manusia diluar sedar akan keberadaan anda berada didalam penjara itu, tetapi mereka hanya mengatakan “ahhh, biarkan saja dia bukan aku yang kena..bukan keluarga aku yang diseksa..asal dapat isi perut boleh hidup bahagia..apa aku peduli semuanya!” dan ada pula yang sering berkata “yeke kena penjara?kena seksa?kesiankan mereka..” kemudiaannya ungkapan tersebut hilang begitu sahaja dek tiupan angin alpa menyelubungi diri.
Pelakon itu adalah kita
Baru-baru ini kita digemparkan dengan filem Fitna yang dibuat oleh seorang ahli parlimen Belanda, Geert Wilders. Pelbagai respon, kutukan, kejian, caci maki, demontrasi telah dibuat. Manakala dalam filem edisi ini pula saya yakin anda sudah mampu bayangkan situasi diatas sebaik mungkin dengan penuh penghayatan jiwa. Saya yakin anda dapat mengagak siapakah watak sebenar yang berada didalam penjara itu dan watak yang berada diluar penjara. Filem hebat dan popular dimata dunia ini telah dibintangi oleh kita sendiri. Pelakon-pelakonnya adalah umat Islam itu sendiri dan diback-up pula oleh pelakon utama bergelar bapak syaitan Yahudi!!Amat mudah untuk kita memahami plot jalan ceritanya seandai anda seorang yang peka tentang umat Islam, peka tentang isu semasa, sensitif pula dengan kehidupan sekeliling. Nama “PALESTIN” sudah tidak asing lagi untuk didengari oleh umat Islam dan penduduk dunia dari dulu sehinggalah sekarang. Itu yang saya maksudkan sebenarnya. Keadaan sebenar sebuah penjara besar bernama “GAZA” yang dikelilingi oleh puak Yahudi Laknatullah dan umat Islam itu sendiri. Anda boleh bayangkan sendiri suasana kehidupan mereka sehari-hari disana. Dentuman bom dan bedilan meriam sudah basi untuk mengejutkan jantung-jantung mereka, malah seumpama kedengaran seperti letupan meriam buluh dan mercun dikala musim perayaan ditanah air barangkali. Jeritan anak-anak palestin kelaparan, kesakitan menderita berpanjangan seakan-akan tidak memberi kesan langsung kepada telinga-telinga pembesar negara yang dikatakan Islam. Semuanya seakan bisu seribu bahasa. Laporan Palestinkini menguatkan lagi plot cerita diatas bagi membayangkan suasana sebenar mereka disana:-
Jumaat, 20/06/2008 -Satu laporan yang dikeluarkan oleh pertubuhan Eropah yang berkempen untuk membatalkan kepungan menyatakan bahawa jumlah mangsa kepungan telah meningkat kepada 116 pesakit Palestin termasuk kanak-kanak sejak awal 2008 yang menunjukkan Semenanjung Gaza menyaksikan satu kenaikan kematian pesakit yang ketara.

Menurut laporan itu, jumlah bilangan mangsa sejak kepungan Israel yang dikenakan setahun yang lalu kini telah mencapai 192 orang pesakit.

Kempen itu telah memberi amaran bayang kematian mengancam ramai pesakit yang mengalami penyakit kronik dan serius disebabkan oleh kekurangan ubat-ubatan dan sekatan Israel yang dikenakan ke atas perjalanan rawatan perubatan di luar kepungan Semenanjung Gaza.


sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

Tidak ada lagi laungan Jihad seperti era Nubuwwah, Khulafa’ ar-rasyidin dan Khalifah Islam yang lain. Itulah kayu ukur sebenar umat Islam betapa lemahnya diri, betapa dayusnya umat Islam sehingga saudara seislam sendiri terseksa juga tidak diambil peduli. Kita hanya tahu berbalah sesama sendiri, kita hanya berlagak hero dengan pidato-pidato semangat mempertahankan dasar asobiyyah kuffar, kita berasa bangga mempertahankan kedaulatan nation state. Itu realiti hidup kita.
Kesimpulannya
Tidakkah anda rindukan panglima perang yang hebat seperti Saidina Umar Al-Khattab?Salehuddin Al-Ayubi?Khalifah Mu’tasim?Khalid Ibnu Walid?Sultan Abd Hamid?..bahkan deretan lagi pahlawan Islam yang hebat menghiasi lakaran sejarah silam.
Merekalah yang menjadi pelindung umat Islam dari serangan musuh-musuh Islam. Menyatukan umat Islam dengan sebenar-benar penyatuan terbebas dari belenggu Nasionalisme, Sekularisme, Kapitalisme, Asobiyyah, Islam Liberal, Hadhari dan lain-lain fahaman sesat lagi menyesatkan. Tidak mahu digelar sebagai pelakon filem itu?maka lakukanlah sesuatu untuk mereka..Marilah bersatulah wahai ummah yang satu!!
5:56 PM
20 Jun 2008

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP